Friday, July 5, 2013

Wedding Sebelah Husband

Mari la mula kan cita disebelah suami dulu yer.. sebelah i purple gitu.. i punya album cousin i buat harta..sila marah meow.. kalau nak tengok video pre-wedding serta wedding, boleh tengok kat youtube..kemain famous i..

Seminggu selepas side i, Husband pula.. malam sebelum kenduri, i tido rumah umi, maka berpisah la kami laki bini.. (over tau kejap pisah pun nak rindu-rindu) i akan dimakeup di rumah kakak ipar sulung, berhadapan dengan rumah mertua..
Makup Time
Semuanya berjalan dengan lancar sekali tanpa cacat cela..Alhamdulillah..Lepas makeup terus siap sedia pakai baju.. But suami tercinta masih lagi sebok siapkan majlis.. Sampai i call suruh siap, barula beliau berhenti.. If laki i tak siap, takkan la dia nak duduk atas pelamin pakai t-shirt plak kan.. overnya..
Baju Pengantin Gegurl
Setelah settle semua.. tunggu kompang serta flower gurl (anak buah i, yang comel) pastu mula la berarak ke pelamin.. Pada mulanya memang majlissebelah husband pun akan dibuat di dewan, akan tetapi disebabkan satu ramai jemputan, tak jadila..
Flower gurl
Lepas berarak, acara menepung tawar.. kemudian makan, potong kek, serta silat dari anak buah i juga.. senangkan.. semuanya family sendiri.. silat ditaja oleh anak buah i sendiri untuk Acu dan MakSu tercinta..awww so sweet.. mari la layan pic i yang perasan shantik diperhatikan tetamu..
sweetnya...Love u hubby...
Ramai tetamu yang datang, jap nak ingat, Doktor Amir, Datin Prof Norshidah (HOD HUKM) datang bersama suami beliau.. alamak tetiba blur anesth mana lagi datang.. Lupa plak..

Kami memang agak penat.. lepas acara majlis, kami terus ke outdoor section.. kemain.. tetamu melebihi jangkaan, barget hanya untuk 1000 orang, akan tetapi tetamu ramai yang hadir, maka terpaksa masak nasi serta lauk pauk disaat akhir..
with Sister In Law
Yes, my husband anak bungsu dari 5orang adik beradik.. dan juga satu-satunya anak teruna manja dalam keluarga..
team OT... Tom, Jamil, Mohaidi, dan hatta..
Kami tak berganjak dari pelamin tau.. duduk je, pastu sorang demi sorang nak bergambar..
My family, but tak cukup tempat, terpaksa buat dua section.

Kawan sekolah husband

My Family in law..

Silat
Bila tengok kembali pic lama.. rasa gedik nak bersanding lagi plak... mihmihmih tapi sure takda orang nak datang kan.. Husband i malam ni dia oncall.. katanya kes MRI.. maka selalu la ditinggalkan keseorangan.. sedih..
Now i'm happy with my new status.. Pn.Mazlin..werk... poyo kan.. rasa nak lempang diri sendiri, bila orang panggil i puan.. dulu sebelum kawin, orang panggil i puan, i marah tau.. now bila orang panggil i cik.. i rasa gelik plak.. mihmihmih nampak kan gedik disitu.. ok la.. nanti i update lagi.. masa untuk manjakan diri..