Tuesday, March 19, 2013

Stress

Actually nak upload picture sisterhood.. i list down my sisterhood.. Kak Mala omey-omey, kak fara chubby-chubby, and B-ha.. ekekekek Nazirah also in my list tau..
 
Nanti sambung bab tu eh.. honestly lately i celaru sangat-sangat... geram pun ada.. nak marah but control.. but i let go every single thing, malas nak sakit hati, dan maafkan je la dia.. kepada orang tu, takpe.. Tuhan akan balas suatu hari nanti.. But ingat, tak selamat dunia dan akhirat tau..
 
Now i dah sehat, alhamdulillah.. lepas ni jadual i padat sangat.. (but..suka..ekekek) half than me, tak suka juga..coz tinggal kan en.hubby yang anjee tu sensorang.. sian juga.. nak buat macam mana. nak mencari rezeki.. lagi satu masalah adalah lemak, isk susah nya nak buang lemak ni.. masih tak nampak lagi result dia.. rasa nak bakar je  lemak ni..ekekek if i can..
 
Malas nak cita panjang-panjang.. Report i tak buat lagi, email pun i tak balas lagi, ipad software pun tak update lagi.. adoi dan adoi.. pitam mak incik macam ni tau..hujung minggu ni, kami nak p honeymoon.. horeyyy hip hip horey.. hubby manage every single thing.. i just follow je..
 
i tempek sekali muka i penuh dengan lemak.. nanges korang tengok lemak pp ni yang makin tersembul tau.. mencikkkkk...
Ok la, i nak sambung buat keje, sementara semangat ni.. kang tetiba sambung main game ZUMA plak, kang bila nak hantar report ni.. haish.. mau bos pelangkong i tau.. esok kang dia minta surat resign, bos tu bukan boleh percaya.. Cakap dia tak hensem pun, perut buncittttt, lemak banyak!!! tua!! ekekekek jam-jam tu juga dia minta surat resign tau.. #mata ke atas, tangan di bahu# ekkekek kalau bos baca ni, sure hangin satu badan.. ekekek
XoXo

Monday, March 18, 2013

Generation

Hari ni tak dapat upload gambar la pulak.. En.Hubby nak tukar HP i yang baru.. yeahhhh... now, keje dia tukar my HP every year.. (barget cam orang kaya je kan) mihmihmih bukan la, HP yang i guna sekarang ni, tak boleh masuk email la..sedihnya.. dah la, tiap-tiap hari i kene baca email... email sehari, bukan sikit okey.. kekadang buat i nanges tau.. kemain banyak nak membalasnya.. kalau sekadar balas "ok" "noted" ha..senang., ni kene berjeler2..
 
Ok..berbalik kepada tajuk utama hari ni, GENERATION.. terasa macam cikgu sekolah la pulak.. Haish..takpe.. mari kita teruskan.. masa zaman purba i dulu kan.. mainnan kat sekolah rendah adalah, main getah, (kene denda dengan cikgu alzuwari) cop cop tiang..ekekekke lagi apa erk.. lupa plak.. i active dalam sekolah tau, antaranya masuk pertandingan memasak..(hebatkan.. darjah 6) Captain untuk rumah hijau main bola jaring..(i ketogari tinggi kat sekolah..mihmihmih), main catur peringkat sekolah.. Kemain kan.. main hoki..cedera kat dagu sampai sekarang..(ha..ni ni Nor fasha hashin buat) kalau kat rumah, main baling tin, konda kondi, galah panjang..now zaman dah berubah, takda pun budak-budak main semua tu lagi kan.. i nak balik zaman kekanak..rasa nak cipta satu mesin masa je..
 
Sekolah menegah, i active sukan banyak..baru-baru ni, i g mengurut dengan mak bidan, macam biasa la.. sebelum 44hari kan.. mak bidan kata, badan i orang kuat betul.. hik hik hik.. kuat bersukan dulu.. ini la akibatnya.. muscle kemain kuat lagi.. dulu i pengurusi persatuan sains, setiausaha kelab catur, lepas tu masuk plak lari 4 X 400 meter, 4 X 200 meter, sekolah menengah i rumah merah.. now kalau suh lari, mau tercungap-cungap tau.. semput.. mak incik.. i still tak boleh nak berjoging, mak bidan suh beranak lagi dan lagi.. baru pk pasal badan yang kini dah bertambah montel..ekekekek
 
Haish..zaman sekarang, budak 7tahun pun dah kenal facebook tau.. permainan sekarang i adalah, kalau HP i tengok facebook, kalau ipad -i main the sim..(kuno) tak pun main garden wedding (dah nak abis dah pun..yeahhh) kalau psp, i main game ZUMA.. kalau ps3 plak, i teringin je nak main resident evil tu tau.. tapi i tak reti nak control remote tu lagi.. i suh hubby beli pistol terus.. ha..senang la tembak..ekekekek if laptop, i blogging la, apa lagi.. tengok, semuanya kelengkapan ada kan.. zaman dah berubah.. tak tau la anak i esok macam mana.. tapi nampaknya, lebih kepada ipad ler juga.. dah bapaknya pun mengada, manja kan lelebih..
 
Ok..i nak balik masak plak.. tetiba teringin sup telur plak.. haish..dah terliur-liur dah ni.. nanti, kalau dah boleh upload picture.. i upload k.. tata xoxo

Tuesday, March 12, 2013

Bercucuk Tanam

Sejak duduk sendiri, kemain rajin bercucuk tanam tau.. I p shopping kat ioi mall puchong.. ha kau, jauh nun cerok sana.. i saja singgah.. mula-mula tak nak beli apa.. tetiba, eh..comelnya ni..eh2 comelnya tu.. sekali terbelanja rm100++ amek ko.. agaknya, kalau husband i bagi rm1000, habis dalam sekelip mata je..i kan tetiba dirasuk angin bercucuk tanam.. maka moh ler kita bercucuk tanam..
ni pasu yang cute tau..
Saja beli coz arnab tu..
Ni pasu-pasu yang i beli..
 sebelum ni i dah tanam, daun kunyit, pokok kari, cili, semuanya dah ada kat rumah mak mertua.. orang kata, tanam kunyit makan berbulan-bulan baru nak hidup...aritu i pregnant kan, i try la tanam.. sekali dalam masa 2minggu, dah tumbuh daun yang pertama.. alhamdulillah.. Now i try tanam tomato, terung dan kuchai..
 
Why i pilih semua ni.. macam kuchai, i suka campur bila nak buat cekodok.. tomato and terung, i suka tengok skin sayur tersebut..(logik tak) ekekekeke ada juga bunga yang cinonet i tanam..
 Umi i lagi la, dia tanam cili perbagai colour.. eceh..ingat anak dia nak jeles lettuw... tak nya erk..tengok ler nanti, pokok terung and tomato kak long dah besar nanti.. SEMANGAT!!! hahahah

Monday, March 11, 2013

Happy Birthday Nur Iman Humairah

Ramainya yang lahir bulan March ni kan.. My Sis In Law 5march, Afeef 6March, Akmal+Iman 11March and last My Father in law 19March.. penat i nak nyanyi "happy birtday to you" banyak kali tau.. nak plak suh nyanyi 2-3 kali.. ***pitam*** suara i dah la macam pikachu..(barget shomel)
 
Ok meh kita tengok perkembangan budak ini, dari lahir sampai besar.. Masa keluar, surela tak comel kan.. Muka bengkak kene udara luar dari dalam peyot.. Lahir di hospital Ampang..
hidung pun kembang semangkok..
Masa ni, tak tau jalan atau apa-apa lagi, dalam 6bln kot..
Time tido barget sleeping beuty, but time ni hidung dah tak kembang..
Sangat suka keluarkan wallet i bila letak handbag kat soda.. i perhatikan je apa dia buat..
Time ni plak dia nak menakal, then i letak tengah-tengah kaki(ayat kemain sopan) muka dia agak tension..
1st day out.. ya Allah.. baru dapat kaki, satu shopping mall dia tawaf.. i biar kan je.. pastu dia nak makan apa yang kita makan.. ni pun i biarkan juga..
Kalau tak dapat makanan, dia akan memberontak.. tak makan stroller.. ha ni tak boleh biar..
Mata sangat sepet..
Kalau agak penat, pengsan berjam-jam.. Tengok tak kaki hubby i tu, betis kemain besar..
To akmal juga, kak long(sepatutnya dah tahap auntie, barget muka) Happy birtday to you budak buas..

BFF-best friend forever

Now I bersiaran langsung di termeloh pahang... Sebenar harini nak cita bab bff.. Masa zaman kecik-kecik cinonet.. Zaman I tinggal di rumah kampung peninggalan arwah nenek, walaupun nama kampung, tapi bandar juga, Selangor masa ketika dahulu kala.. Panjang sikit cita ni, moh le kita satu bab ke satu bab..

Sejak Lahir-Sekolah Rendah.
Kemain. sejak lahir.. ahaha tak da maknanya, sejak masuk sekolah tadika, nak kata BFF tak la, tapi umi i suh g sekolah dengan dia.. Dia tu merujuk kepada Mohd Firdaus B. Abu Bakar (daus) ha kau.. siap nama panjang i bagi.. mak dia pula, adalah tok guru yang mengajar i mengaji sampai la khatam, dan kadang kala, mak dia yang mengasuh i dan adik beradik i, if umi keje malam.. Since i masuk sekolah Rendah, umi dah tak keje.. maka umi la jaga.. Tapi masa waktu ni, i takda BFF kat sekolah. BFF hanyala kawasan kampung sahaja.. Kami takda la ramai, seingat i la, zura, daus, dayah, faizah (ni adik beradik, keluarga daus memang adik beradik ramai) wati, suhaila dan siti.. Ni la geng kami, main galah panjang, main baling tin..ekeke sooo sweet kan.. Honestly, i rindu zaman ni.. i suka rumah kampung..

Sekolah Menengah
Zaman ni, kesemua kawan karib i, semua pompuan yang berjaya sekarang.. then i kagum dengan dorang.. Yuhanis, Aida Suliza, Khairunnisa, Fadliza, Siti sarah dan... the best friend adalah Siti Aishah.. Kami ni satu geng, but Aishah dok sebelah i, kalau time ADD MATH, i'm surely mengantuk.. Maka dia la yang mengajar i ADD MATH.. kalau subjek lain, mata segar bugar.. (cikgu kemain garang subjek lain..) until now, kami still contact each other, ada one time tu, i remember, ada sorang cikgu lelaki, ala, cikgu sementara.. Ha, kami berdua la yang mengendeng markah lebih.. ofcoz cikgu tu bagi kat kami.. If u remember this aishah.. memang gelak kans..

But kat rumah lain pula, my BFF adalah Mohd elzry.. Amboi, hai elzry, TQ coz always support my blog.. Mak kami boleh ketogari kawan karib.. hahahha lawak, if kami nak picnic, selalu depan rumah i la jadi port nya.. selalu kami akan buat kerang rebus la, cicah mangga la.. sweet kan.. elzry, did u remember, masa kita guna Mek Ti passing buku?? ha korang, kemain.. Nak bercakap face to face, memang malu tau.. Tapi kami guna buku untuk tanya apa sahaja.. Cute kan?? mana agaknya buku tu kan?? Family Elzry duduk depan rumah i je.. kami gaduh pun tulis dalam buku tau.. sweet je.. baru-baru ni, i dapat chatting balik dengan Elzry.. see, masih bersembang bukan menggunakan mulut.. now, i dah pindah rumah, sejak lepas SPM.. until now, tak jumpa elzry.. if i can turn back time.. memang i akan buat.. walaupun kami miskin dulu, tapi masih ingat asal usul kami.. But umi i dah tak nak ingat.. sedih katanya... Ya True.. Sedih..

IT Programmer
Ok time ni, my roomate adalah Intan Nor Nabyha..semesta ke-2 sehingga la tamat semesta akhir.. even, i kawin pun dialah pengapit i... LOve u sooo much babe.. Nanges sama, tido pelok-pelok sama, makan maggie sama-sama.. dah kata kami berdua pun memang keluarga susah..U know babe, if u baca this.. dari dulu sampai sekarang and sampai mati, i only have u in my life for BFF.. i do everything for u... i know, u pun sama.. Honestly, walaupun berjauhan, sms je la... surely dia akan balas.. Ok zaman ni pun berakhir dengan jayanya..ekekek

Bekerja
Masa kerja 2008, my BFF masa ni Pakcik Boroi.. kami gaduh.... kami baik. kami gaduh..kami baik.. kelakar kan.. but dia la yang ajar i selok belok keje dalam medical ni.. maka, i takda la jadi mangsa keaadaan.. i budak kampung yang baik..(werkkk muntah) takda sapa pun tahu kami adalah kawan.. Until la i kawin, but dia tak datang.. sedih tau.. but... HUKM penuh je kenduri i.. u know what, u also one of my BFF.. kekadang gaduh tu, hanya sakit hati.. tapi dalam hati nak je sms... tapi kang tak balas.. dia pun kekadang EGO.. tak moo sms..  u tu, EGO!!! Sombong plak tu!! Poyo kemain!! pedulik i nak cakap apa.. kekeke sweet je.. gaduh baik..gaduh lagi baik plak... kalau gaduh tu, sampai tak contact berbulan..

Disebalik itu
kemain disebalik itu, oh semalam dia datang rumah i dengan wife dia..U.. TQ.. and then so sorry tak dapat datang juga time u kawin, hope kekal sehingga penghujung nyawa.. Wahhh sweet tak ayat i.. hadiah kawin u, nanti i bagi k.. i masih searching perkara tu.. but dah ada idea.. Supprise kan?? kalau ketogari lelaki.. every single thing dia la..

BFF Hujung Nyawa..
My Husband.. gaduh 5minit.. baik lepas tu.. pastu gurau-gurau.. lemak sapa paling banyak... Tak moo cakap banyak-banyak.. nanti i buat entry lain tentang dia yang omey-omey ni...Ada orang sms, your husband MA-Medical ass ke?? OMG.... u'll my husband bukan MA la..memang dia pakai baju putih.. But bukan MA yer.. please jalan salah paham..

Perasan tak.. banyak BFF lelaki.. kans.. my husband tau, dengan sapa i kawan.. even dia pun boleh geng dengan dorang semua.. But Pakcik Boroi ni, pemalu.. Puiiiii..

Hai angah.. Tq juga coz support me.. elyn always ingat kat abg elyn sorang ni tau.. maafkan elyn, kekadang adik mu ni busy tau..but..elyn akan update semua kat angah yer...

Wednesday, March 6, 2013

Happy Birthday Afeef

Yeay.. Happy birthday baby.. Dah masuk 2tahun.. hubby i kan, dia siap tanya, why i tak update blog?? OMH-oh mak hai.. rupanya gigih support bini dia berblog.. ok la, ok la.. kita kasi update.. Aritu genapla budak tecik ini 2tahun.. now i gelarkan dia angry bird bulat.. why?? coz dia peminat tegar angry bird.. i tak tau nak beli apa.. but.. i just order cake pic angry bird.. aloh2 comelnya.. masa tunjuk kat dia, this is cake birthday dia..
 
Mata bukan main bulat lagi tengok gambor kat kek tu.. siap oooo tunjuk angry bird..so cute la budak momot ni.. i share some pic kat sini..
gigi saya putih...
alamak..kantoi hidung ada biji benih..
dia posing sendiri tangan kat bibir..
Saya nantuk tau kalau time hujan-hujan ni..
see kat t-shirt
Last posing.. dah ngantuk sangat..
Tak tau la next year, apa fav dia plak..

Tom Cruise

One day, my husband and i.. tengah golek-golek tengok TV.. Then ada satu cita tentang lawyer dari army.. U know what, i memang dari kecik-kecik bercita-cita nak jadi lawyer.. (one of my classmate i lawyer now..jelesnya..takpela, i takda rezeki dalam bidang tu) berbalik cita tadi, i tengok pelakon tu macam kenal dan hensem nya.. eceh.. 
 
wife: Hubby, sapa pelakon lelaki tu.. (memang tengok rupa kenal, tapi nama pelakon tu lupa)
Hubby: tu tom cruise la.. (dengan confiden menjawap)
 
Hebatnya laki i, dia kenal pelakon-pelakon ni..
Tom Cruise
OMG, i memang suka sangat, lelaki yang nampak urat-urat kat dahi tu.. Tu tanda lelaki tu hebat.. ekekkek my husband ada tau.. setiap kali beliau bersukan, nampak la urat-urat hebat tu timbul.. then nampak kemain hensem lagi masa tu.. ***pitam*** (puji ni nak minta something.. kita cita nanti yer hubby)
 
Honestly, i suka sangat... tambah lagi, i suka lelaki yang berkening tebal.. ( but too bad, my husband tak..hanya bulu mata beliau je, kemain lentik lagi... kalah i tau..)  Kalau la, hubby boleh buat plastic surgery, please.. buat muka cam tom cruise erk.. (balik kang, mau kene lempang.. hahahhaha)

Tuesday, March 5, 2013

Aktiviti

Pagi-pagi i dah bangun, aktiviti sabtu memang penuh.. Pukul 10am, i akan ke SPA..kemain barget datin wanna be kan.. Meh cita pasal Spa dulu erk.. Spa ni di miliki oleh Wife Dr.Azmi iaitu Pn.Rafidah.. (if im not wrong, wife dulu pun Dr juga..) I just kesini coz nak belanja my mom Spa.. Beliau tak pernah merasa ke Spa..
I buat "Bertangas", my mom buat "belaian manja" wah nama.. 1st i kene bertangas dulu, sila google erk kalau nak tau apa.. i tak tau nak explain macam mana.. After that i masuk dalam kotak biru tu.. sauna la..ekekek mengada kotak biru plak..  Lepas tu baru la mengurut...
Infra red..eh eh betul ke??
 Ok tadi bilik lain, now dah settle bertangas dan sauna.. I ke bilik mengurut, kemain syok wokey.. Mari la kita betulkan urat yang mana-mana kendur.. Menurut Pn.Rafidah.. Banyak urat-urat i berserabut, surely i stress dan bekerja keras macam lelaki.. Ha kan.. i memang bekerja keras.. Lepas mengurut, barula i mandi susu dan bunga.. wow badan kemain wangi, balik ni sure laki bertambah sayang kan.. hahahhah
Katil urut
 Hari tu i ada bagitau, yang tangan ni terkapit pintu kete kan.. so ni la jari nya.. Maaf, Hp i bukan Hp mahal macam u'll.. buat-buat nampak la erk kuku yang pecah darah tu..
Tangan terkapit pintu kereta.. hebat!!
 Balik rumah plak kene kentung kelentang plak untuk hubby, sebelum i keluar g jogging.. Actually tak jogging pun, buat masa ni, i masih sakit.. just walk turun tangga naik tangga je.. Janji turun peluh.. I can feel, if i jogging memang kesakitan tu masih terasa lagi lepas operation hari tu..
Masak Lemak Udang+kacang Buncis, Ayam Goreng+hot dong, Sambal danging petai
 Then sebelum keluar, i tinggalkan note for hubby, maaf, tulisan i memang cakar ayam dan besar-besar.. Lepas muaxx muaxx tu minta beliau buat sikit lagi keje.. eleh, basuh baju je pun, selebihnya, i yang uruskan.. dalam kul 4pm, siap-siap amek mommy then terus ke rumah untie i, then terus ke Taman Puncak Jalil.. kemain jauh kami mencari ketenangan..
 Ni la kasut yang berjaya menawan hati i.. this is RUN COOL, kalau nak pilih kasut, cari la run cool.. boleh bawa g melancong also.. ada juga run fast, khas untuk jogging sahaja.. so i pilih ini, coz boleh pelbagai guna.. tapi bukan la untuk keje.. if bos boleh bagi buat keje, sure pakai baju kurung pun i pakai kasut ni.. hahhahah sengal sangat...
Adidas- rm360
 Sebelum naik tangga turun tangga, i excited nak pijak-pijak batu ni.. hehehe sakit betul.. dapat la 2 round.. tu pun paksa diri pijak juga..
 Budak ni, excited juga naik turun gelongsor.. i just biarkan je.. ramai kan, pakcik-pakcik dia ikut.. Ha, baru dapat kaki.. berjalan kemain laju.. i kejar nak masukkan dalam stroller, boleh plak dia lari jauh-jauh.. haish geram..
 akmal, ni my mom mengasuh.. So, angkut skali..
 Sampai lewat malam juga la, baru kami balik.. Itu pun singgah Satay station sambut birthday ucik(Auntie) My mom, kalau ada adik beradik beliau.. kemain semangat tau.. I promote taman Puncak Jalil ni, coz bukan sahaja ada taman kanak-kanak, ada kolam ikan+turtle, malah ada monyet juga.. ( i slalu salah sebut, cth "mummy jom tengok ninja turtle kat bawah tu) hehehe why la must ninja??
 Ok tu je nak gosip-gosip.. nanti celoteh lagi.. ha nampak tak beza macam orang tua if pakai makeup kan.. haish tak pakai kang, nampak plak jerawat batu seketul seketul.. tu la seharian hari semata-mata nak menurunkan lemak tepu ni..  
Semoga tercapai la hajat.. Amin...

Monday, March 4, 2013

Tom Yam

Semalam I masak Tom Yam meletop.. (saja tambah meletop tu..) i know, u''ll lagi hebatkan buat tom yam.. so ni tom yam cara i.. Mana tau teringin..

Bahan-Bahan Adalah
Hirisan Ayam
Hirisan Udang
Kobis
Carrot
Bunga Kobis
Limau Kasturi
Serai
Hirisan ayam
Hirisan Udang
Carrot
Bawang Merah Kisar
Tom Yam
Semua barang dah ada.. I tumis dulu Perencah Tom Yam tu dengan bawang merah.. Coz ada setengah orang tak tumis.. masuk semua kan?? so i tumis, coz i nak bau bawang merah tu naik.. kemudian baru la i masukkan air, pastu i renehkan sekejap.. masukkan garam secukup rasa, masukkan perahkan limau kasturi beberapa biji, baru la masukkan ayam+udang, agak-agak dah masak. baru la i masukkan segala sayur.. Alhamdulillah siap, seperiuk habis..ekekekek Husband also puji.. (kembang kucup kembang kucup je hidung ni.. Mother in Law also suka.. barget menantu kesayangan la sangat) 
Panas kan Periuk

 Petang plak, i buat cucur ikan bilis.. ekekek resepi, surely u'll hebat kans.. Pun habis wokey.. Jangan disangka i ni keje tak tau masak.. see tangan la.. Kekadang if i rajin.. (IF RAJIN erk) kat office pun i bawa bekal bagi izat (adik kesayang..eceh) tengok izat, akakkkkkk sayang sangat kat izat tau.. so doa-doa la supaya akak buat break1st untuk izat hari-hari..
Cucur Ikan Bilis
Malam pulak, sesi iron baju hubby, hubby i kans, kene pakai baju putih, tension mak encik tau.. susah kemain nak basuh, seksa tau.. baju tu ada kesan pen la bagai.. Haish.. Kenapa warna putih?? kalau kene darah patient, lagi tension tau!!!
*** pitam***

Sunday, March 3, 2013

Visit Rumah Mak Lang

Mak Lang buat renovation rumah.. maka kami dijemput datang.. actually dah lama dah.. I know, mak lang surely taste good.. So sebelum sampai tu.. memang dah agak, macam mana design terbaru beliau kans.. eceh.. Mari la layan gambor-gambor yer.. malas nak cerita satu persatu..
Nampak gemok!!

Rak Classic

Picture kat dinding, semua mak lang snap sendiri..
 Singgah lalu je depan sekolah lama.. ekekeke alhamdulillah, semasa bersekolah, tak pernah lagi kelas ke-4 kebawah.. sure 1 hingga 3 je.. (barget cerdik la..skali hampeh)
Sekolah Rendah Taman Selayang
 Masuk sekolah menengah pun sama.. ekekek i takda la pandai mana pun.. cukup2 makan dah lers.. tapi i pernah dapat sekali je biasiswa masa form 1 kot.. dapat la rm50.. zaman dulu, kalau rm50 tu dah cukup besar dah.. zaman skang biasiswa dapat rm200 kans?? Kalau tak silap lers..
Sekolah Menengah Taman Selayang
 I kepil skali pic zaman i tecik-tecik.. shomel tak?? Ni pic dengan arwah adik.. Adik i meninggal, coz xcident... takmo cita lelebih.. kang sedih...
i berambut curly tau.. and arwah adik.. Love U Mohd Rashid
 After that.. Try la google kan, tetiba berkenan plak rumah cam kat bawah ni.. siap request kat hubby.. I nak rumah macam ni.. Then hubby kata, boleh.. Jom kita balik kampung buat rumah macamni.. ekekeke i nak balik kampung... rumah besar ni nak buat apa kans.. Ni hanyala mimpi je la..
Rumah Idaman
PP makin naik macam apam..  Macam mana ni?? haishh... i ni dah la, senang naik berat.. turun kemain lambat.. lately, malas pakai lens.. i tau la i rabun kans.. tapi kekadang i pakai spec tu. terasa berat je kat hidung ni ha.. dah la hidung ni tak berapa nak mancung.. makin kemek ler nampaknya..
Without Makeup
If terjumpa i kat mana-man, harap-harap.. u'll cakap i kurus je k.. ha... kalau macam tu, baru ler semangat nak kurus lagi.. kalau cakap i bulat.. merajok la..

Suami Rajin

Salam hujung minggu, untung kemain kan, dapat suami yang rajin.. when i'm pregnant kan, hubby la yang ke dapur.. buat itu dan ini.. I hanya jaga perut dan menambah lemak yang banyak.. malam-malam activiti kami, masak nugget, masak sosaj.. ha.. nampak tak lemak disitu.. i alah bau nasi.. asyik nak muntah je.. maka, makan la makanan yang boleh masuk perut, walaupun tak berkhasiat.. sementara je la..
Memasak..
Buat air panas plak..
Masak asam, Ayam goreng (fav hubby) dan sambal ikan bilis+kentang
 Lepas makan, moh sembahyang.. lepas semayang mari la buat activiti masing-masing.. Cute tak husband punya selipar sembahyang.. kemain gurlish tau.. actually buy for me, tapi... yang selalu pakai adalah en.hubby..
 activiti masing-masing adalah, main ps3.. tara.. tengok... busy kemain mengumpul mata untuk beli pemain yang handal katanya... my husband also pemain bola for HUKM.. hello.. bukan stakat main ps3 je tau.. wakil jabatan (anesth) dan also wakil HUKM... teruja kans...
I plak, sometime layan lagu kat dailymotion.. sometime layan radio LITE.FM.. lagu-lagu retno omputih ko.. Bukan apa, i ni sometime jiwa ke arah zaman-zaman  retro.. lagu semua mendayu-dayu je.. contoh maria carey, richard mark, MLTR, ha bukan lagu-lagu zaman sekarang.. mengarut je.. dulu masa kecik-kecik, pakcik-pakcik semua muda-muda.. bila depa bawa i jalan-jalan.. pasang la lagu-lagu tu.. maka hingga ke besar la i layan lagu-lagu lama omputih ni tau..