Tuesday, March 5, 2013

Aktiviti

Pagi-pagi i dah bangun, aktiviti sabtu memang penuh.. Pukul 10am, i akan ke SPA..kemain barget datin wanna be kan.. Meh cita pasal Spa dulu erk.. Spa ni di miliki oleh Wife Dr.Azmi iaitu Pn.Rafidah.. (if im not wrong, wife dulu pun Dr juga..) I just kesini coz nak belanja my mom Spa.. Beliau tak pernah merasa ke Spa..
I buat "Bertangas", my mom buat "belaian manja" wah nama.. 1st i kene bertangas dulu, sila google erk kalau nak tau apa.. i tak tau nak explain macam mana.. After that i masuk dalam kotak biru tu.. sauna la..ekekek mengada kotak biru plak..  Lepas tu baru la mengurut...
Infra red..eh eh betul ke??
 Ok tadi bilik lain, now dah settle bertangas dan sauna.. I ke bilik mengurut, kemain syok wokey.. Mari la kita betulkan urat yang mana-mana kendur.. Menurut Pn.Rafidah.. Banyak urat-urat i berserabut, surely i stress dan bekerja keras macam lelaki.. Ha kan.. i memang bekerja keras.. Lepas mengurut, barula i mandi susu dan bunga.. wow badan kemain wangi, balik ni sure laki bertambah sayang kan.. hahahhah
Katil urut
 Hari tu i ada bagitau, yang tangan ni terkapit pintu kete kan.. so ni la jari nya.. Maaf, Hp i bukan Hp mahal macam u'll.. buat-buat nampak la erk kuku yang pecah darah tu..
Tangan terkapit pintu kereta.. hebat!!
 Balik rumah plak kene kentung kelentang plak untuk hubby, sebelum i keluar g jogging.. Actually tak jogging pun, buat masa ni, i masih sakit.. just walk turun tangga naik tangga je.. Janji turun peluh.. I can feel, if i jogging memang kesakitan tu masih terasa lagi lepas operation hari tu..
Masak Lemak Udang+kacang Buncis, Ayam Goreng+hot dong, Sambal danging petai
 Then sebelum keluar, i tinggalkan note for hubby, maaf, tulisan i memang cakar ayam dan besar-besar.. Lepas muaxx muaxx tu minta beliau buat sikit lagi keje.. eleh, basuh baju je pun, selebihnya, i yang uruskan.. dalam kul 4pm, siap-siap amek mommy then terus ke rumah untie i, then terus ke Taman Puncak Jalil.. kemain jauh kami mencari ketenangan..
 Ni la kasut yang berjaya menawan hati i.. this is RUN COOL, kalau nak pilih kasut, cari la run cool.. boleh bawa g melancong also.. ada juga run fast, khas untuk jogging sahaja.. so i pilih ini, coz boleh pelbagai guna.. tapi bukan la untuk keje.. if bos boleh bagi buat keje, sure pakai baju kurung pun i pakai kasut ni.. hahhahah sengal sangat...
Adidas- rm360
 Sebelum naik tangga turun tangga, i excited nak pijak-pijak batu ni.. hehehe sakit betul.. dapat la 2 round.. tu pun paksa diri pijak juga..
 Budak ni, excited juga naik turun gelongsor.. i just biarkan je.. ramai kan, pakcik-pakcik dia ikut.. Ha, baru dapat kaki.. berjalan kemain laju.. i kejar nak masukkan dalam stroller, boleh plak dia lari jauh-jauh.. haish geram..
 akmal, ni my mom mengasuh.. So, angkut skali..
 Sampai lewat malam juga la, baru kami balik.. Itu pun singgah Satay station sambut birthday ucik(Auntie) My mom, kalau ada adik beradik beliau.. kemain semangat tau.. I promote taman Puncak Jalil ni, coz bukan sahaja ada taman kanak-kanak, ada kolam ikan+turtle, malah ada monyet juga.. ( i slalu salah sebut, cth "mummy jom tengok ninja turtle kat bawah tu) hehehe why la must ninja??
 Ok tu je nak gosip-gosip.. nanti celoteh lagi.. ha nampak tak beza macam orang tua if pakai makeup kan.. haish tak pakai kang, nampak plak jerawat batu seketul seketul.. tu la seharian hari semata-mata nak menurunkan lemak tepu ni..  
Semoga tercapai la hajat.. Amin...